Fitnah M.Vigneswaran Pemuda_MIC

bekas ketua pemuda MIC Pusat, M.Vigneswaran bertegas menyatakan kenyataan yang dikeluarkan adalah benar. Oleh itu pada 29 Julai 2008, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mendapatkan perintah injunksi ad-interim di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap bekas ketua pemuda MIC, M.Vigneswaran , editor syarikat akhbar harian Tamil iaitu Malaysia Nanban, M.Maryanandy, penerbit akhbar Malaysia Nanban Penerbitan Sahabat (M) Sdn Bhd dan syarikat percetakan akhbar itu Aslita Sdn Bhd dan menamakan mereka sebagai defendan. Samy Vellu memohon gantirugi RM10 juta bagi libel, gantirugi untuk tort konspirasi, gantirugi teruk, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Samy Vellu mendakwa M.Vigneswaran terlibat dengan pergerakan Makkal Sakti dan Hindraf semasa pilihan raya umum pada Mac 2008. Ketua Pemuda MIC itu dikatakan melepasi umur 41 tahun sedangkan dalam Perlembagaan tidak disebut sedemikian. Antara yang terpaksa melepaskan jawatan ialah Timbalan Ketua Pemuda, S.Ramis dan Setiausaha M. Kumaresan, Ketua Penerangan, K. Raj Kumar dan wakil Pemuda CWC, S. Murugesan. [8]Artikel pada 9 Julai 2008 dalam akhbar Malaysia Nanban dikatakan telah menfitnah Tun Samy Vellu. Tun Samy Vellu diwakili peguam S.Selvam sementara Vigneswaran diwakili peguam A.Vasanthi dan A.Kumar dan tiga defendan lain diwakili peguam C.S.Arumugam dan Khairun Niza Husnin.[9]

Rujukan

WikiPedia: Pemuda_MIC http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news_lite.php... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=070...